Pengguna

Komponen IBR

Di bawah rangka kerja IBR, tarif elektrik di Semenanjung Malaysia terdiri daripada dua komponen utama iaitu tarif asas dan mekanisme Pelarasan Bahan Api Automatik (Automatic Fuel Adjustment - AFA).

Tarif Asas

Penetapan tarif asas adalah untuk mencerminkan kos efisien dalam membekalkan elektrik kepada pengguna, yang merangkumi:

  • Perbelanjaan modal (CAPEX) dan perbelanjaan operasi (OPEX) bagi aktiviti penghantaran, pembahagian, Grid System Operator (GSO), Single Buyer (SB) dan khidmat pelanggan (Retail)
  • Pulangan yang berpatutan ke atas aset asas yang dikawal selia bagi penghantaran, pembahagian, GSO, SB dan Retail
  • Kos pembelian tenaga yang dikenakan oleh penjana (termasuk harga asas bahan api) kepada SB

 

Mekanisme Pelarasan Bahan Api Automatik (Automatic Fuel Adjustment - AFA)

Mekanisme AFA membolehkan pelarasan caj penjanaan secara bulanan dibuat bagi mencerminkan perubahan kos berikut:

  • Harga bahan api
  • Kos di bawah Power Purchase Agreement (PPA) dan Service Level Agreement (SLA)
  • Displaced costs bagi Tenaga Boleh Baharu (TBB) dan kos penjanaan lain