Rangka Kerja IBR
Di bawah seksyen 26 Akta Bekalan Elektrik 1990 [Akta 447], ST boleh menentukan tarif dan caj yang dikenakan oleh pemegang lesen, tertakluk kepada kelulusan Menteri.
Semakan dan penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dan Labuan kini dilaksanakan melalui rangka kerja IBR.
Rangka kerja ini menyediakan pendekatan yang berstruktur dan telus dalam penetapan tarif, dengan membolehkan pemberian insentif kepada pemegang lesen (entiti yang dikawal selia) untuk meningkatkan kecekapan, di samping memastikan tahap ketelusan yang lebih baik kepada pengguna.
Ciri-ciri utama rangka kerja IBR adalah seperti berikut:
- Penggunaan kos yang berhemat dan cekap dalam penentuan tarif;
- Proses kawal selia tarif yang berstruktur, iaitu:
- Tempoh kawal selia ditetapkan, lazimnya bagi tempoh 3 tahun;
- Akaun kawal selia dan mekanisme pelaporan diwujudkan;
- Pengasingan akaun bagi entiti yang dikawal selia;
- Penentuan pulangan yang adil dan munasabah kepada entiti yang dikawal selia;
- Mekanisme Pelarasan Bahan Api Automatik (Automatic Fuel Adjustment - AFA) untuk menampung kos yang diluar kawalan akibat perbezaan antara kos penjanaan yang diunjurkan dan kos sebenar;
- Sasaran prestasi ditetapkan oleh pengawal selia, dengan mekanisme insentif/penalti; dan
- Perkongsian kecekapan antara entiti yang dikawal selia dan pengguna dalam semakan tarif berikutnya.
Formula asas (building blocks) digunakan untuk menentukan keperluan hasil bagi entiti yang dikawal selia: